Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Entertainment
14 Apr 2024 • 5:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Baru-baru ini selebriti sensasi, Bella Astillah dilihat telah beraya ke rumah YB Syed Saddiq sempena Syawal keempat. 

Bella telah membawa dua anaknya serta keluarga untuk beraya di rumah Ahli Parlimen Muar itu. 

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story Bella, kelihatan Syed Saddiq begitu mesra melayan anak lelaki Bella iaitu Ayden yang teruja bermain bersama kucing peliharaan bekas Menteri Belia Dan Sukan itu. 

Terbaru, Syed Saddiq telah memuatbaik fotonya bersama Bella di Instagram beliau berserta kapsyen kata-kata semangat untuk wanita itu.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

"Kekal kuat Bella Astillah. Kesabaran akan membawa ketenangan.  Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga," tulis beliau. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang memberikan pelbagai reaksi tentang foto tersebut. 

Ada yang approved Syed Saddiq bersama Bella kerana dikatakan nampak sepadan dan mempunyai wajah yang seiras. 

image is not available

Ketika ini Bella masih dalam proses penceraian bersama suaminya iaitu penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz. 

Terdahulu, Bella mendedahkan suaminya telah berlaku curang sebanyak 11 kali dan turut ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada Mac lalu. 

Kes mahkamah mereka akan disambung pada 4 Jun depan selepas Aliff enggan menceraikan Bella sewaktu prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu. - Getaran, 14 April 2024

Foto : Instagram