Muazin Masjidil Haram meninggal dunia

21 Sep 2026 • 8:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muazin Masjidil Haram meninggal dunia

MEKAH: Muazin Masjid Masjidil Haram, Sheikh Ibrahim bin Adel Hamza Al Madani meninggal dunia pada awal pagi Isnin.

Berita itu  tersebar dalam kalangan kakitangan dua masjid suci di media sosial.

Berita mengenai kematiannya mencetuskan pelbagai ucapan penghormatan di media sosial dengan rakaman audio dan video Sheikh Al Madani melaungkan azan serta takbir di Masjidil Haram dikongsikan secara meluas. 

Tanda pagar menggunakan namanya turut tular selepas berita mengenai kematiannya tersebar.

Sheikh Al Madani merupakan salah seorang daripada 24 muazin utama di Masjidil Haram. 

Enam daripada mereka bergilir-gilir setiap hari untuk melaungkan azan bagi lima waktu solat fardu, selain azan pertama bagi solat Subuh.

Beliau dikenali kerana laungan azan Subuh. 

Menurut laporan dan ucapan takziah yang dikongsikan di media sosial, individu yang berkaitan dengan dua masjid suci turut menzahirkan kesedihan atas pemergiannya.

Sebuah video yang dikongsikan oleh Inside the Haramain memaparkan apa yang disifatkan sebagai laungan azan terakhir Al Madani di Masjidil Haram pada Isnin. 

Rakaman itu menunjukkan Masjidil Haram dan Kaabah ketika laungan azan beliau kedengaran menerusi pembesar suara masjid.

Dilahirkan di Madinah pada 1976, Al Madani dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan agama. 

Datuknya, seorang penghafaz al-Quran, banyak mempengaruhi dirinya sebelum beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian al-Quran.

Al Madani mula berkhidmat sebagai muazin pada usia 15 tahun di sebuah masjid kejiranan di Madinah. – AGENSI

The post Muazin Masjidil Haram meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved