Mubarak Majid raih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Motion Horse International Film Festival 2022

Entertainment
23 Jun 2022 • 10:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AKTOR Mubarak Majid meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.

Kemenangan Mubarak turut dikongsikan di laman sosial Instagram miliknya.

“Syukur, Alhamdulillah,” titip Mubarak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mubarak Majid (@mubarakmajid)

Difahamkan, Buffalo Orange Production Sdn.Bhd melalui kemaskini Facebook berkongsi filem pendek berkenaan turut memenangi tempat ketiga kategori Filem Antarabangsa.

Coofie & Sexy Dress mengisahkan tentang seorang lelaki yang panik dan kecewa setelah berhutang kepada Ah Long. Bagaimanapun sebagai bapa, dia tidak henti-henti mencari jalan penyelesaian untuk membayar pinjamannya.

Filem yang diarahkan Jaemin Park itu turut dibintangi Shii Elsa dan Syafiq Dharma.

image is not available

Mubarak, 64, tidak asing lagi dengan kepelbagaian watak. Sepanjang menceburkan diri dalam kerjaya seni, dia telah membintangi lebih 100 buah drama dan tiga buah filem termasuk yang terbaru, Mat Kilau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.