'Muda hanya boleh sertai PH selepas PRU15'

Politics
5 Oct 2022 • 9:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Razeef

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin berpendapat bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) boleh menyertai Pakatan Harapan (PH) hanya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau turut berpandangan, banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum Muda menyertai PH.

"Saya mengambil maklum dalam masa terdekat keputusan sama ada penyertaan Muda ke dalam PH diterima atau tidak oleh Majlis Presiden PH

"Terlalu banyak aspek yang perlu dipandang dan perkara yang perlu diambil kira apatah lagi PH pernah berdepan dengan pengkhianatan sehingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat.

"Saya berpendapat Muda boleh sertai PH selepas PRU15 dan sudah tentu perjalanan Muda masih jauh untuk memberi keyakinan bahawa Muda tidak akan menjadi parti yang hanya akan menjadi barah dalam PH," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Muda perlu mencontohi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang telah teruji kesetiaan menyertai PH sebelum secara rasmi menyertai pakatan itu pada Ogos 2021 lalu.

"Bukan sahaja berdepan dengan peristiwa Langkah Sheraton, malah telah bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa sebarang masalah.

"Berbeza dengan situasi PRN Johor apabila Muda melanggar kerusi yang ditandingi calon PH dari PKR.

"Tindakan biadap Muda diawal usaha penyatuan PH dan Muda telah menghakis kepercayaan bukan sahaja anggota parti-parti komponen pakatan itu malah penyokongnya juga,"jelas beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved