MUDA Isytihar Harta Calon Bertanding Dalam Masa Terdekat

Politics
30 Jul 2023 • 10:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MUDA Isytihar Harta Calon Bertanding Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mengisytiharkan harta calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam masa terdekat.

Presiden MUDA Syed Saddiq Abdul Rahman berkata semua ahli parti itu yang bertanding dalam pilihan raya wajib mengisytiharkan harta mereka.

“Bagi membolehkan mereka mendapat borang daripada Presiden untuk menjadi calon, mereka diwajibkan untuk mengisytiharkan aset (terlebih dahulu),” katanya.

Sebelum ini, MUDA mengumumkan bahawa ia akan meletakkan 20 calon untuk bertanding dalam PRN di empat negeri iaitu Selangor (14), Pulau Pinang (tiga), Negeri Sembilan (dua) dan seorang di Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pengundian pada 12 Ogos dan pengundian awal pada 8 Ogos bagi PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah serta Kelantan.

Sumber: BERNAMA