Muda Pahang sokong hasrat parti sertai PH

Politics
10 Sep 2022 • 10:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai Muda sebulat suara bersetuju sertai PH pada Selasa. (Gambar kecil: Malani)

KUANTAN - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Pahang menyokong hasrat parti itu untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Malani Manimaharan berkata, Muda Pahang melalui Jawatankuasa Eksekutif Negeri dan Eksekutif Parlimen telah mengumpul pandangan secara konsensus mengenai hasrat itu.

Menurutnya, Muda Pahang sentiasa berkerjasama dengan parti-parti komponen PH dalam pelbagai program dan perbincangan kerjasama sebelum ini.

"Melalui kerjasama itu menghasilkan impak yang positif kerana kita mempunyai asas perjuangan yang sama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Malani menjelaskan, penyertaan Muda dalam PH dilihat bakal memperkukuhkan lagi barisan pembangkang di negeri itu, sekali gus memberi kekuatan dalam menghadapi Braisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kekuatan pembangkang penting dalam misi menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang untuk menjaga kepentingan rakyat di negeri ini," katanya.