MUDA Pangkah Kenyataan Penceramah Asing Di Universiti Malaya

25 Apr 2024 • 10:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz menyelar kenyataan yang dibuat seorang penceramah asing pada sesi syarahan di Univerisiti Malaya (UM) pada Selasa, baru-baru ini.

Menerusi akaun X miliknya, Amira meluahkan rasa kesalnya dengan kenyataan Profesor Sains Politik di Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley yang mengatakan bahawa ahli politik Malaysia menganjurkan holokus (pembunuhan beramai-ramai) kedua terhadap orang Yahudi.

“Ini benar-benar mengelirukan dan tidak boleh diterima.

“Kenyataannya secara salah menggambarkan matlamat dan tujuan Malaysia ke arah keamanan untuk negara Palestin yang merdeka,” katanya menerusi ciapan di Twitter (X) pada Rabu.

image is not available

Foto: New Straits Times

Dalam pada itu, Amira turut menjelaskan bahawa kerajaan Zionis Israel yang sebenarnya sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

“Institusi akademik harus berhati-hati dalam menjemput penceramah dan pensyarah yang menyebarkan naratif pro-Zionis. Dari sungai ke laut, Palestin pasti bebas,” tulisnya.

Bruce juga dilihat telah memadam siarannya sebelum ini setelah teruk dikecam pengguna media sosial berikutan pernyataannya yang berbaur politik tersebut, adalah tidak berasas sama sekali.

Sebelum ini, UM telah mengundang seorang ahli akademik Amerika Syarikat yang menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi ke univeristi berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved