
Kota Kinabalu: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menamakan Naib Presidennya Shahrizal Denci sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Kota Marudu.
Mengumumkan perkara itu pada Isnin, Pengarah Pilihan Raya Muda Amira Aisya Abd Aziz berkata pencalonan pimpinan Muda untuk kerusi di Sabah itu adalah selaras dengan usaha Muda untuk menampilkan wakil yang dekat dan faham dengan isu rakyat.
Shahrizal, 40, anak jati Sabah yang berasal dari Daerah Ranau merupakan seorang petani moden dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer daripada Universiti Malaysia Perlis.
Kerusi Parlimen Kota Marudu disandang Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

