Muda umum calon malam ini

Politics
29 Oct 2022 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan mengumumkan barisan calon parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), malam ini.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pengumuman itu akan dibuat Pengarah Pilihan Raya Muda, Amira Aisya Abd Aziz.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa ahli-ahli yang menyertai perjuangan Muda tidak sesekali mengharapkan wang ringgit, pangkat dan kekuasaan.

"Yang masuk Muda tak mengharapkan duit, pangkat dan kuasa.

"Calon-calon Muda bakal diangkat adalah mereka yang berwibawa, mempunyai visi jelas untuk negara dan memegang idealisme Muda sebagai sebuah parti untuk semua.

"Muda mahu mengubah Malaysia untuk jadi lebih baik dan maju," katanya di Facebook beliau pada Sabtu.

Syed Saddiq memberitahu, PRU ini adalah yang pertama untuk Muda dan berharap pengundi memberi peluang kepada parti itu untuk membuktikan keupayaan mereka berkhidmat kepada rakyat.

"Doakan Muda terus tumbuh di dalam hati rakyat Malaysia. Berikan kami peluang berkhidmat," ujarnya.

Beliau turut menjemput orang ramai untuk menonton secara langsung pengumuman itu di Facebook rasminya dan Facebook parti itu pada jam 9 malam ini.