Mudah Dan Pantas, Tart Telur ‘Air Fryer’ Jimat Masa Dan Tenaga Para Ibu

3 Jun 2023 • 2:22 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Resipi pencuci mulut kegemaran ramai, tart telur gebu hanya guna air fryer

Mudah Dan Pantas, Tart Telur ‘Air Fryer’ Jimat Masa Dan Tenaga Para Ibu. Pencuci mulut sudah pasti menjadi makanan ringan kegemaran ramai, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Tart telur adalah salah satu hidangan pencuci mulut yang lazat dan ringkas.

Walaupun menggunakan telur sebagai bahan utama, tetapi resipi yang dikongsikan oleh @surayamasak pastinya tidak mengecewakan.

Selain rasanya yang enak, kaedah memasak yang ringkas juga sangat digalakkan kerana hanya memerlukan air fryer sahaja.

Bahan-Bahan Tart Telur Air Fryer:

– Roti canai segera

-2 biji telur

-100 ml whiping cream

-60 ml susu pekat

-100 ml susu segar

-1 sudu esen vanilla

Cara-Cara:

1.Gulungkan beberapa roti canai dan potong kecil-kecil.

image is not available
Sumber: Instagram

2.Bulatkan doh yang dipotong tadi, leperkan dan masukkan dalam cawan aluminium foil kemudian cucuk sedikit doh dengan garfu.

image is not available
Sumber: Instagram

3.Untuk isi tart, masukkan 3 biji telur, 100 ml whiping cream, 60 ml susu pekat, 100 ml susu segar dan 1 sudu esen vanila, gaul sebati. Tapis adunan dan boleh tuang ke dalam doh tart tadi.

image is not available
Sumber: Instagram

image is not available
Sumber: Instagram

4.Panaskan air fryer selama 5 minit dan bakar tart selama 25 minit menggunakan suhu 180 darjah.

image is not available
Sumber: Instagram

image is not available
Sumber: Instagram

Baca juga artikel yang berkaitan: