Mudah Je, Ini Cara Buat Acuan Kuih Tako Tanpa Guna Dawai Kokot

18 Mar 2024 • 10:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Mudah Je, Ini Cara Buat Acuan Kuih Tako Tanpa Guna Dawai Kokot

Ketika bulan puasa, kehadiran gerai-gerai makanan di bazar Ramadan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Pelbagai juadah yang disajikan kepada para pengunjung dan ada di antaranya hanya boleh didapati sewaktu bulan Ramadan.

Namun begitu, segelintir pengusaha bazar Ramadan mengalami sedikit kesulitan apabila mereka tidak dapat menggunakan cara pembungkusan yang sama.

Hal ini kerana, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan penjual-penjual makanan untuk tidak menggunakan dawai kokot pada bungkusan makanan.

Secara umumnya, penggunaan seperti dawai kokot, paku atau bahan berbahaya seumpamanya untuk membungkus makanan adalah menyalahi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Menurut Bernama, pengendali makanan yang didapati bersalah menggunakan bahan-bahan ini boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hukuman akan menjadi lebih berat apabila bahan bendasing tersebut ditemui di dalam makanan, yang mana sangat membahayakan pengguna yang menjamahnya.

image is not available
Gambar: Bernama

Mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan di dalamnya mengandungi bahan memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Ada cara untuk hasilkan acuan kuih tako yang selamat, tanpa menggunakan sebarang dawai kokot

Jangan risau, seorang pengguna TikTok (@d_yanmumin) telah menunjukkan cara untuk membuat acuan kuih tako tanpa menggunakan dawai kokot dan selamat untuk para pengguna.

Pertama sekali, anda perlu mengambil sehelai daun pandan yang digunakan sebagai acuan bagi kuih tako anda. Periksa dan bersihkan permukaan daun daripada sebarang kotoran dan bendasing seperti habuk, serangga, najis haiwan dan sebagainya.

Kemudian, ambil pembaris dan buat ukuran dalam sekitar 2.5 cm dan buat lipatan pada bahagian tersebut. Seterusnya, buat lima lagi lipatan sehingga daun pandan anda memiliki kira-kira enam bahagian lipatan.

image is not available
Kredit: TikTok

Setelah mendapat enam bahagian lipatan, potongkan bahagian daun pandan yang berlebihan. Guntingkan juga sedikit bahagian pada setiap lipatan.

image is not available
Kredit: TikTok

Selepas itu, lipatkan daun pandan tadi sehingga menjadi bentuk kotak, yang mana bahagian lipatan tadi dijadikan sebagai tapak.

image is not available
Kredit: TikTok

Apabila daun pandan anda sudah menjadi bentuk kotak yang sempurna, kemaskan kotak acuan kuih tako dengan memotong lebihan daun dan tekan sedikit daun pada bahagian bucu agar kotak acuan kelihatan lebih bersegi.

Anda boleh memahami proses untuk menghasilkan kotak acuan kuih tako dengan lebih jelas menerusi video di bawah:

Sumber: @d_yanmumin via TikTok