Mudah & Jimat Masa, Ini Cara Balut Hadiah Tanpa Guna “Tape”

11 Jul 2023 • 1:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mudah & Jimat Masa, Ini Cara Balut Hadiah Tanpa Guna “Tape”

Hadiah merupakan satu pemberian daripada ahli keluarga, kenalan atau daripada pasangan masing-masing.

Kebiasaannya, ia diberikan sewaktu menyambut hari-hari yang bermakna misalnya tarikh kelahiran, jamuan perpisahan dan ulang tahun perkahwinan.

Setiap hadiah yang diberikan mempunyai nilai tersendiri atau mesej yang ingin disampaikan oleh pemberi kepada penerima.

Selain itu, pemilihan hadiah juga memainkan peranan penting dan ‘kena’ dengan karakter si penerima. Oleh itu, barulah hadiah yang diberikan dihargai sepenuhnya.

Hadiah biasanya diberikan dalam bentuk bekas, kotak atau balutan agar rasa ingin tahu penerima lebih tinggi.

Bagi hadiah yang menggunakan cara balutan, terdapat pelbagai jenis balutan yang boleh diaplikasikan.

Antara peralatan yang wajib ada ialah gunting, kertas balutan dan tape (pelekat).

Namun, pernahkah anda terfikir, teknik balutan tanpa menggunakan tape? Sebenarnya ada. Menerusi cara ini, hadiah dapat dibuka dengan lebih senang tanpa mengoyakkan kertas. Malah, ia juga dapat menjimatkan masa.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian @tips & tricks di Twitter.

Cara Balut Hadiah Tanpa Guna Tape

Bahan-bahan

Antara bahan yang diperlukan termasuklah kertas hadiah dan gunting sahaja.

Cara-cara

Pertama, bentangkan pembalut hadiah di atas permukaan yang rata.

image is not available

Kedua, letakkan hadiah di atas kertas pembalut dan ukur saiz hadiah secara tiga kali.

Ketiga, gunting kertas pembalut mengikut ukuran yang telah diukur.

image is not available

Keempat, setelah selesai, bentangkan pembalut berserta hadiah di bahagian tengah.

Pastikan setiap bucu pembalut hadiah bertentangan dengan sisi hadiah.

image is not available

Kelima, lipatkan kertas pembalut. Pada bahagian sisi, ambil lebihan sisi lipatan pertama yang terkeluar dan selitkan pada bahagian dalam. Barulah lipat masuk bahagian tepi pembalut hadiah.

Keenam, buat langkah yang sama pada bahagian tepi kertas dan kemaskan lipatan.

image is not available

Ketujuh, lipat bahagian selebihnya, kemudiannya selitkan seperti sampul surat pada ruang lipatan.

image is not available

Kelapan. Dah siap!

Untuk lebih faham, boleh lihat video di bawah.