Mudah resipi somtam mangga stail ibu, hanya guna lima bahan cukup masam dan manis

FoodCooking
7 Mar 2023 • 6:58 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SOMTAM salah satu makanan Thai yang mengiurkan. Salad berempah pedas-pedas manis yang diperbuat daripada kepingan nipis betik atau mangga memang wajib dipesan setiap kali ke restoran Thai, rasa masam limau, pedas cili, masin daripada sos ikan masin, savuri, dan manis gula Melaka membuatkan penulis kecur kerana terliur!

Perkongsian resipi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Ameera ini berbaloi dicuba. Dengan hanya lima bahan, mudahlah emak-emak sediakan sendiri somtam di rumah. Jimat, tak perlu lagi beli di kedai.

image is not available

 

SOMTAM MANGGA STAIL IBU

CARA PENYEDIAAN

1.Sagat mangga muda. Begini tau (gambar), nampak cantikkan? Barulah selera bertambah.

image is not available
2.Masukkan udang kecil kering.

image is not available
3.Potong nipis bawang merah dan masukkan bersama mangga.

4.Hiris kecil cili padi dan masukkan bersama bahan yang lain.

5.Letakkan sos Thai dan gaul rata. Jangan letak gula dan garam, sos ini sudah cukup rasa. Gaul rata dan siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

10 FAKTA MANGGA MUDA

image is not available

Mangga muda rangup dan sedap. Biasa dijadikan salad dan ulaman, rasanya yang masam membuatkan ia terasa sangat segar apabila dimakan.

Tahukah anda buah kegemaran ramai ini kaya dengan pelbagai zat dan mineral? Berikut 10 fakta mangga muda mama perlu tahu:

1-Di sebalik rasa masam, mangga muda mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi.

2-Selain itu, buah ini juga mengandungi zat besi serta magnesium dan kalsium sebanyak 80 peratus daripada keperluan harian kita.

3-Mangga muda boleh membantu mengekalkan kesihatan hati. Asid yang terkandung dalam buah ini meningkatkan rembesan hempedu dan membersihkan organ dalaman daripada jangkitan kuman. Ia juga membantu meningkatkan penyerapan lemak dengan membuang toksin dari badan.

4-Mangga muda kaya dengan antioksidan, vitamin C, vitamin A, dan asid amino yang boleh berguna dalam meneutralkan asid perut. Pengambilan mangga muda ini dapat membantu ‘menjinakkan’ perut meragam.

5-Ia membantu meningkatkan sistem imun. Manfaat ini lebih besar apabila anda mengambil mangga muda dalam keadaan mentah.

6-Penyelidikan mendedahkan bahawa mangga yang belum masak bermanfaat membantu pelbagai penyakit berkaitan darah seperti anemia, pembekuan darah dan sebagainya. Kandungan vitamin C dalam buah ini meningkatkan keanjalan salur darah dan membantu menghasilkan sel darah baru.

7-Mangga muda mengandungi pektin yang berguna dalam mengatasi masalah pencernaan. Buah ini boleh membantu mengatasi cirit-birit, pedih ulu hati, dan sembelit. Bagi ibu hamil, mangga boleh membantu melegakan rasa mual.

8-Mangga muda juga salah satu buah terbaik untuk geng diet. Ia boleh meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak kalori dan rendah kandungan gula.

9-Mangga muda perlu dimakan selepas makan tengah hari untuk membantu menghilangkan rasa mengantuk. Sebabnya, pengambilan mangga muda boleh memberikan suntikan tenaga yang membuatkan anda terjaga.

10-Buah ini juga mengandungi niasin atau vitamin B3 yang boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Niasin boleh menurunkan tahap kolesterol darah sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan serangan jantung.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

View Original Article