Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya

26 Mar 2023 • 1:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mesti dah ada yang tengah mencari resepi biskut untuk raya ni

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya. Dalam memasuki bulan Ramadan, tidak lengkap rasanya jika tidak menyediakan pelbagai jenis juadah untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.

Kali ini, kami ingin berkongsi resipi mudah untuk membuat kuih raya yang sedap dan pastinya disukai ramai iaitu coklat Nestum.

image is not available
Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya

Biskut ini pasti digemari ramai kanak-kanak

Resipi Coklat Nestum Bar ini telah dikongsi oleh pengguna Facebook Ida Zaida yang memerlukan hanya dua bahan sahaja iaitu coklat compound dan Nestum.

Resepi ini mudah dan cepat untuk disediakan, jadi sesiapa sahaja boleh mencuba membuatnya di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g Nestum
  • 1kg dark coklat compound (beryl’s atau apa-apa jenama)

image is not available
Sumber: FB Ida Zaida

Cara-cara penyediaan:

Langkah 1: Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler (anda juga boleh gunakan milk compound sesuai ikut citarasa masing-masing)

image is not available
Sumber: FB Ida Zaida

Langkah 2: Masukkan Nestum ke dalam coklat compound yang sudah cair dan gaul sehingga sebati. Gaul sampai sebati biar bersalut elok yaa..

image is not available
Sumber: FB Ida Zaida

Langkah 3: Masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik (senang nak keluarkan nanti) dan tekan untuk bagi ia rata, tetapi jangan mampatkan.

image is not available
Sumber: FB Ida Zaida

Langkah 4: Potong siap-siap, baru masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Dah sejuk nanti, korang boleh patah-patahkan dan simpan ke dalam bekas.

Jangan risau, ia masih rangup kalau korang tak letak dalam peti sejuk pun

image is not available
Sumber: FB Ida Zaida

Resepi mudah coklat Nestum ini adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang mudah, ringkas dan sedap. Hidangan ini juga boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada sahabat atau ahli keluarga semasa Raya.

Semoga resepi ini dapat membantu anda mempersiapkan hidangan untuk menyambut Raya nanti. Selamat mencuba!

Lagi resipi menarik yang anda boleh cuba, lihat pautan di bawah: