MUFC benam Harimau Kumbang di Paya Rumput

Football
26 Jul 2022 • 11:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MELAKA United FC (MUFC) meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Penang FC, 4-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Pemain import MUFC Emmanuel Oti membuka jaringan seawal minit keempat, sebelum seorang lagi pemain import, Adriano Narcizo menjaringkan gol kedua pada minit ke-36.

Tersentak dengan kedua-dua gol berkenaan, kesebelasan Penang FC dilihat cuba bangkit untuk menjaringkan gol penyamaan dengan mengatur asakan demi asakan ke pintu gol lawan.

Bagaimanapun, kesemua asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan MUFC hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan MUFC mula mendominasi perlawanan dan hasilnya penyerang import, Ifedayo Osamuyi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-58, sebelum Justin Baas meledak gol keempat tuan rumah pada minit ke-60.

Penang FC bagaimanapun akhirnya berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi pemain import, Lucas Silva pada minit ke-86, namun ia sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan tuan rumah.