Mufti Besar Arab Saudi meninggal dunia, kehilangan besar umat Islam

WorldPolitics
24 Sep 2025 • 4:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh sebagai kehilangan besar seorang ulama yang banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata bagi pihak rakyat Malaysia, beliau merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang turut merasai kehilangan besar itu.

Beliau menyatakan kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna dengan ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.

Anwar turut mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya’ dan solihin.

Agensi Berita Arab Saudi melaporkan Mahkamah Diraja mengumumkan bahawa Sheikh Abdulaziz yang menyandang jawatan itu sejak 1999 meninggal dunia semalam.

Sheikh Abdulaziz, 82, dianggap antara ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam bidang ilmu serta memberi khidmat besar kepada Islam dan umatnya. – Bernama