Mufti Pulau Pinang Minta Individu Terlibat Dalam Ajaran Kesinambungan Al-Arqam Bertaubat

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 4:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
gisb

Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan isu kepercayaan dalam GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) yang hangat diperkatakan kini.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman dalam laporan Kosmo! berkata, siasatan menyeluruh dan adil akan dibuat untuk melihat sama ada ajaran dan kepercayaan GISBH benar-benar merupakan kesinambungan daripada ajaran Al-Arqam dan Rufaqa.

image is not available

Ujar beliau lagi, sesiapa yang terlibat dengan fahaman dan ajaran yang berkesinambungan daripada Al-Arqam perlu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Beliau meminta masyarakat turut sama membantu sesiapa yang terperangkap dalam ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam itu.

image is not available

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 31 Oktober 2006 telah bersidang untuk membincangkan mengenai usaha-usaha menghidupkan semula Arqam melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (SRC) Dan Rangkaian Syarikat Gabungannya.

Dalam mesyuarat itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh ahli jamaah (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo!