
Kota Kinabalu: Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu, baru-baru ini, adalah wajar dan menepati prinsip takzir dalam undang-undang Syariah.
Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar berkata, takzir adalah hukuman ditentukan pihak berkuasa agama atau pemerintah bagi kesalahan yang bentuk hukumannya tidak dinyatakan secara khusus dalam syarak.
Advertisement“Takzir bermakna terpulang kepada pemerintah sesebuah negeri atau pihak berkuasa agama untuk melaksanakan. Ertinya, Takzir ini tidak ada satu larangan daripada syarak untuk dilaksanakan.
“Jadi kita ucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Islam Terengganu kerana melaksanakan hukuman ini sesuai dengan kehendak syarak supaya pelaksanaan hukuman ini memberi pengajaran kepada orang lain.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Itu pun tidaklah secara terbuka sangat. Ia terpilih (kehadiran orang ramai) dengan syarat-syarat ketat seperti tidak boleh dirakam atau diviralkan dan hanya dihadiri individu tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Haul Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun di taman Memorial Tun Datu Mustapha Datu Harun, di sini, Khamis.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dilaporkan, seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang.
Mohd Affendi Awang, 42, telah menjalani hukuman itu yang dilaksanakan selepas solat Jumaat pada Jumaat lepas di Masjid Al-Muktafi Billah Shah dengan kehadiran seramai 70 individu yang dibenarkan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Bungsu mengingatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan isu itu atau dijadikan bahan perdebatan agama kerana ia adalah hasil ijtihad pihak berkuasa islam negeri Terengganu.
Beliau berkata, pandangan ijtihad yang telah diambil oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu tidak boleh dibatalkan oleh ijtihad pihak lain.
“Ijtihad oleh pihak berkuasa agama Islam Terengganu ini tidak boleh dibatalkan oleh ijtihad yang lain, ertinya ia ‘dipandangkan’ berdasarkan situasi yang sesuai di negeri itu.
“Setiap negeri mempunyai pendekatan tersendiri. Jika ada negeri yang tidak bersetuju, ia di luar bidang kuasa mereka untuk membatalkan ijtihad negeri lain. Justeru, saya menyeru segelintir pihak supaya memahami konteks hukum (syariah) sebelum membuat sebarang penilaian,” tegasnya.
Bungsu turut menyokong pelaksanaan hukuman itu kerana ia mengikut syariat Islam dan memaklumkan hukuman sama pernah dilaksanakan di Sabah sebelum ini.
“Saya difahamkan oleh Ketua Hakim Syariah Negeri Sabah, hukuman ini memang pernah dibuat, misalnya di Tawau, cuma saya tidak ingat tarikhnya. Tetapi ada dibuat,” katanya.

