MuftiWP : Memberi Penilaian Dan Ulasan Palsu Tanpa Guna Barang Yang Dibeli Adalah Satu Bentuk Penipuan

TechnologyDigital
9 May 2025 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan perkembangan arena digital, pelbagai syarikat kini meminta pengguna dalam meninggalkan penilaian atau ulasan pada halaman produk mereka, termasuk pada Google Maps dan sebagainya. Sebagai ganti untuknya, sedikit ganjaran akan diberikan. Sebagai contoh, pada Shopee, apabila meninggalkan ulasan atau penilaian, pengguna diberikan Shopee Coins.

Menyentuh mengenainya, pihak Mufti Wilayah Perseketuan kini berkongsi mengatakan memberi penilaian dan ulasan palsu tanpa guna sesuatu barang yang dibeli dan memeriksa kualiti sebenarnya adalah satu bentuk perbuatan menipu, dan memperdayakan orang lain yang diharamkan.

Pendapatan yang diterima hasil penilaian dan ulasan yang palsu juga adalah haram. Pengguna turut dinasihatkan untuk sentiasa jujur dalam setiap ulasan yang diberikan terhadap produk yang dibeli. Bacaan lanjut berkenaan perkara ini boleh diakses melalui laman rasmi MuftiWP.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved