
Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram dengan nama Muhammad Imran Suresh telah berkongsi banyak dakwaan berkait isu serangan ke atas tiga orang pemain bola sepak negara.
Disebabkan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya sedang giat mengenal pasti pemilik akaun terbabit.
KPN minta sesiapa ada maklumat untuk terus jumpa polis…
Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.
Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil kepada polis, bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini.
Sebelum ini, pemilik akaun Instagram itu mendakwa mempunyai bukti berkenaan siapa dalang disebalik kejadian serangan yang berlaku. Dia juga mendakwa diminta untuk menutup mulut dari mendedahkan identiti mereka yang terlibat.
Kredit: Sinar Harian

