Muhyiddin Adakan Mesyuarat Bersama Pemimpin PN Di Kediamannya

Politics
22 Nov 2022 • 11:52 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sekurang-kurangnya belasan pengamal media berkumpul di kawasan kediaman Muhyiddin Yassin ketika ini - Gambar oleh Adam Ayyzat

KUALA LUMPUR – Susulan keputusan Istana Negara melanjutkan tempoh penyerahan calon Perdana Menteri sehingga jam 2 petang ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan pemimpin gabungan itu di kediamannya di sini, hari ini.

Setakat ini, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat memasuki kediaman berkenaan.

Sekurang-kurangnya belasan pengamal media berkumpul di kawasan itu ketika ini. – The Vibes, 22 November 2022

BERITA LANJUT MENYUSUL