Muhyiddin bantu perkenal calon PN, Dr Afifi bagi DUN Petagas

LocalPolitics
21 Nov 2025 • 6:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhyiddin beramah mesra dengan pengundi sekitar Putatan semasa tinjauan mesranya bersama calon DUN Petagas, Dr Afifi

KOTA KINABALU – Kehadiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi tinjauan mesra di sekitar Pekan Putatan, dekat sini, hari ini menarik perhatian masyarakat setempat yang masih mengingati beliau sebagai Perdana Menteri semasa negara berdepan pandemik Covid-19 pada 2020.

Muhyiddin yang baru tiba dari Kuala Lumpur, meluangkan kira-kira 10 minit bertemu dan menyapa orang ramai sambil mengiringi serta memperkenalkan calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, Dr Afifi Saif.

Ketika menyantuni pengundi, ada dalam kalangan penduduk yang menegur perubahan fizikal Muhyiddin yang kini kelihatan lebih kurus, lalu dibalas dengan gurauan mesra oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Beliau turut beramah mesra dengan para peniaga makanan dan buah-buahan di sekitar kawasan berkenaan sebelum beredar untuk menghadiri program seterusnya.

Muhyiddin dijadualkan melancarkan Tawaran Kasi Bagus Sabah malam ini, pada jam 7.30 malam di Dataran Pomoi, di sini.