Muhyiddin berpeluang jadi PM jika terima cadangan bentuk Kerajaan Perpaduan – Wan Fayhsal

LocalPolitics
21 Oct 2025 • 4:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berpandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang untuk menggalas tanggjungjawab sebagai Perdana Menteri sekiranya menerima cadangan dititahkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah untuk bentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut laporan Berita Harian,Ahmad Fayhsal berkata penggiliran bagi jawatan tersebut berkemungkinan berlaku di antara Pengerusi PN itu dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bentuk Kerajaan Perpaduan

image is not available
image is not available

“Saya difahamkan daripada penerangan pimpinan parti, semacam ada satu penggiliran, setengah penggal mungkin Anwar, setengah penggal Muhyiddin.

“Ini disebabkan PH dan PN kedua-duanya sama kuat. Itu yang dicadangkan,” katanya dalam program The Zaid Ibrahim Podcast yang disiarkan semalam.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan susulan tiada parti memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

Bentuk Kerajaan Perpaduan

image is not available

Namun, ketika menghadap baginda bersama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), selaras dengan pendirian gabungan itu sejak awal penubuhannya.

Muhyiddin turut diminta menandatangani dokumen berkaitan cadangan tersebut, namun beliau menulis nota menyatakan ketidaksetujuan terhadap penubuhan Kerajaan Perpaduan antara PN dan PH.

Sumber: Berita Harian (Zanariah Abd Mutalib)