Muhyiddin Dakwa BERSATU Berdepan Pendakwaan Politik

Politics
21 Feb 2023 • 11:38 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Muhyiddin Yassin - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa partinya berdepan pendakwaan politik, selepas dua ahli mereka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan bersubahat dan menerima rasuah.

Menurut beliau, kerajaan perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan ‘gerakan memburu’ bagi memusnahkan parti diketuainya sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tahun ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, dakwaan tersebut terbukti benar susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kluster mahkamah baharu terdiri daripada pemimpin Perikatan Nasional (PN) bakal muncul di negara ini.

“Presiden UMNO (Zahid) malah meramalkan perkara ini apabila beliau mendakwa kluster baharu mahkamah akan muncul melibatkan PN.

“Ia seolah-olah membayangkan senario ini sudah dijangka,” katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, rakyat akan menghukum kerajaan perpaduan kerana terbabit dalam ‘witch hunt’ ini selepas gagal menangani kemelut ekonomi dan sosial yang melatari negara. - The Vibes, 21 Februari 2023

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL