Muhyiddin dilantik Timbalan Pengerusi PN

LocalPolitics
22 Feb 2026 • 6:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN selepas Mesyuarat Tertinggi PN di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada 1 Januari lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali dilantik, namun sebagai Timbalan Pengerusi gabungan berkenaan.

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Tertinggi gabungan itu pada Ahad.

“Adalah dimaklumkan, mesyuarat telah meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin selaku pengurusi Perikatan Nasional berkuat kuasa 1 Januari 2026. 

“Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Tertinggi PN di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.

Muhyiddin sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN susulan kemelut yang melanda Pas dan Bersatu di Perlis.