Muhyiddin ditahan SPRM

LocalPolitics
9 Mar 2023 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhyiddin - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

SPRM dalam kenyataan berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ditahan pada jam 1 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk dirakam percakapan.

"Beliau (Muhyiddin) ditahan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

"SPRM juga telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac 2023," katanya pada Khamis.

Tambah SPRM, Muhyiddin bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan Muhyiddin dibebas dengan jaminan SPRM.

"Selepas direkod keterangan, beliau akan dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini.

"Beliau (Muhyiddin) akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur esok," ujarnya.

Setakat jam 6.40 petang, petugas media masih menunggu kemunculan Muhyiddin keluar dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved