Muhyiddin hormati keputusan Tok Pa, harap tidak sertai parti lain

Politics
28 Jun 2024 • 10:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhyddin

image is not available
Muhyddin ketika berucap ketika menyantuni pengundi di Unit Daerah Mengundi Puteri Gunung di Simpang Ampat di sini, pada Jumaat.

SUNGAI BAKAP - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang tidak lagi menjadi ahli Bersatu.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui perkara itu melalui laporan berita dan menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh bekas Ahli Parlimen Jeli itu.

"Saya baru dengar, saya pun baca berita yang dia tidak lagi menjadi ahli Bersatu, mungkin lepas saja PRU (Pilihan Raya Umum) lalu, dia tak nak bertanding lagi.

"Tapi tak apalah, Mustapa sahabat saya, saya harap walaupun begitu dia masih boleh dapat beri kerjasama seperti yang telah diberikan waktu beliau dalam Bersatu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyantuni pengundi di Unit Daerah Mengundi Puteri Gunung di Simpang Ampat di sini, pada Jumaat.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berharap Mustapa yang mesra disapa Tok Pa tidak akan menjadi ahli mana-mana parti lain.

Media sebelum ini melaporkan Mustapa yang juga bekas menteri Kabinet menolak tawaran Bersatu untuk dicalonkan bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang atau Jeli jika pilihan raya kecil (PRK) berlangsung.

Mustapa berkata, beliau telah meletak semua jawatan dan sebagai ahli dalam Bersatu.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 November 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Muhyiddin hormati keputusan Tok Pa, harap tidak sertai parti lain #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Politik #Parti #Bersatu #TokPa #MuhyiddinYassin

Breaking News, TV Shows, Report, Broadcast, Live, Serious, Business, World(1323125) - SAKUMAMATATA