Muhyiddin kata tuduhan terhadapnya bermotif politik

Politics
15 Aug 2023 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin berkata sejak awal beliau tahu pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya bermotifkan politik.

“Saya sebenarnya tidak melakukan apa-apa kesalahan pun dari sudut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun undang-undang lain dan ini terbukti dengan apa yang diputuskan (mahkamah).

“Sudah jelas kepada khalayak umum apa yang dibuat pihak tertentu untuk menganiaya saya,” katanya dalam sidang media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonannya membatalkan empat pertuduhan menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Hakim Jamil Hussin berkata, pertuduhan itu tidak mendedahkan dengan jelas sebarang kesalahan yang diketahui undang-undang dan tidak cukup jelas untuk membolehkan Muhyiddin, presiden Bersatu, membuat pembelaannya.

Katanya, pertuduhan itu kekurangan butiran mencukupi seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 154 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 19 April lalu, Muhyiddin memohon mahkamah membatalkan pertuduhan itu dan membebaskannya. Beliau turut memohon semua prosiding di Mahkamah Sesyen, tempat beliau didakwa, ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan pembatalan itu.

Peguam utama Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik, berkata pasukan pembelaan yakin semua pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) terhadap anak guam mereka akan ditolak.

“Dalam beberapa hari ini, pasukan peguam akan berjumpa dan membincangkan baki tiga pertuduhan. Paling penting, pertuduhan utama sudah dibatalkan pagi ini.”

Beliau menyifatkan keputusan Jamil adil dan saksama kerana pertuduhan itu “teruk di sisi undang-undang” dan “sangat cacat”.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.