Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Menghasut

LocalPolitics
27 Aug 2024 • 10:50 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, 14 Ogos lalu.

image is not available

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Terdahulu Muhyiddin tiba di mahkamah pada kira-kira 8.43 pagi dengan diiringi pimpinan parti termasuk Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.