Muhyiddin sebar berita palsu - Fahmi

LocalPolitics
10 Feb 2024 • 7:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak benar.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Muhyiddin bahawa susulan keputusan itu, beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan.

“Muhyiddin sebar berita palsu,“ kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menerusi laman X hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved