Muhyiddin tiba untuk prosiding kes rasuah RM232.5 juta

Politics
26 May 2023 • 9:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhyiddin melambai kepada pihak media sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi Jumaat untuk menghadiri prosiding sebutan kes melibatkan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

image is not available
Muhyiddin kelihatan tenang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi Jumaat untuk menghadiri prosiding sebutan kes melibatkan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan tenang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi Jumaat untuk menghadiri prosiding sebutan kes melibatkan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi.

**media[2208483]**

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarangan mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.