Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainudin Antara Layak Jadi Calon PM – Wan Ahmad Fayhsal

LocalPolitics
15 Jan 2025 • 4:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan Perikatan Nasional (PN) tidak menghadapi masalah untuk mencari calon perdana menteri dari kalangan parti gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Menurut laporan Malaysiakini, bekas ketua Pemuda Bersatu itu mengatakan PN boleh mengemukakan lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan dan ditawarkan kepada pengundi.

image is not available

Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

Beliau menjelaskan bahawa calon perdana menteri perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pihak istana dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut sebagai salah seorang calon yang berpotensi.

“Sebagai seorang negarawan senior, Tan Sri Muhyiddin ada hubungan yang baik dengan pihak istana,” kata Wan Ahmad Fayhsal.

Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin lain turut dianggap layak.

image is not available

Foto: Facebook Hamzah Zainudin

“Pemimpin lain yang boleh diketengahkan – yang saya dah semak punyai hubungan baik dengan istana – ialah Hamzah Zainudin.

image is not available

Foto: Facebook Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

image is not available

Foto: Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man

“Turut berpotensi ialah Dr Ahmad Samsuri Mokhtar an Tuan Ibrahim (Tuan Man) kalau dalam konteks hubungan baik dengan istana Pahang.

“Maknanya kita (PN) ada lebih daripada seorang calon yang berpotensi,” jelasnya.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, menegaskan tiada perbincangan dibuat antara Bersatu dengan PAS sebelum pencalonan Muhyiddin.

“Tidak ada, itu diumumkan (Bersatu) sahaja. Saya yakin kalau benda itu dibincangkan dulu, tidak jadi begitu. Setahu saya, memang tiada perbincangan,” kata Hashim.

Wan Ahmad Fayhsal turut menekankan keperluan mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu memandangkan sokongan Melayu-Islam sudah hampir mencapai tahap maksimum.

“Jadi kita (PN) perlukan anjakan paradigma. Untuk itu, kita tak boleh bergantung kepada seorang individu saja, tetapi mungkin sekurang-kurangnya beberapa pemimpin dari PAS dan Bersatu yang boleh menyakinkan golongan pertengahan, khususnya bukan Melayu, dan bahagian bandar di Pantai Barat (Semenanjung).

“Kita memerlukan pemimpin daripada PAS dan Bersatu yang boleh membantu PN memenangi PRU,” tambahnya.

Sumber: Malaysiakini (Hariz Mohd)