MUIP pertimbang caruman Perkeso untuk Briged Asnaf

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 7:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MUIP pertimbang caruman Perkeso untuk Briged Asnaf

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mempertimbang cadangan menyediakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada anggota Briged Asnaf sebagai penghargaan terhadap peranan mereka membantu mengenal pasti serta mengemas kini data golongan fakir dan miskin di ne­geri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Baitulmal) MUIP, Datuk Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, cadangan itu bagaimanapun diteliti terlebih dahulu berdasarkan pres­tasi dan sumbangan anggota Briged Asnaf.

Katanya, Briged Asnaf memainkan peranan penting sebagai ‘mata dan telinga’ MUIP di peringkat akar umbi, khususnya dalam mengenal pasti golongan yang layak menerima bantuan.

“Insya-Allah kita akan pertimbang bantuan Perkeso kepada mereka setelah kita meneliti prestasi perkhidmatan yang telah mereka sumbangkan kepada pihak majlis dalam mengenal pasti golongan fakir miskin, selain membantu kita mengemas kini data fakir miskin di Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Program Taklimat Perkhidmatan dan Skim Bantuan Agihan MUIP bersama Pentadbir Daerah Kuantan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kuantan, di sini semalam.

Asmadi berkata, pihaknya turut mengambil kira pandangan dan cadangan dikemukakan anggota Briged Asnaf bagi mempertingk kemahiran serta menambah baik perkhidmatan mereka pada masa akan datang.

“Antara yang akan kita lihat adalah peningkatan kemahiran dan penambahbaikan khidmat yang mereka sampaikan. Kita juga bercadang membawa mereka melawat kawasan tertentu bagi tujuan penanda aras terhadap aktiviti yang dijalankan,” katanya. –UTUSAN

The post MUIP pertimbang caruman Perkeso untuk Briged Asnaf appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved