
Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah mengutip lebih RM16 juta setakat 25 Mac tahun ini.
Yang Dipertua Muis, Datuk Seri Yahya Hussin berkata sebanyak RM16,229,81.93 zakat terkumpul dengan penggajian menjadi penyumbang terbesar sebanyak RM11,105,716.63 bersamaan 68.43 peratus jumlah pungutan zakat.
“Selain itu, zakat pendapatan menyumbang RM1,991,428.09 (12.27 peratus), zakat simpanan sebanyak RM 1,888,853.12 (11.64 peratus), zakat perniagaan RM 960,185.87 (5.92 peratus) dan zakat emas serta perak sebanyak RM 219,123.50 (1.35 peratus).
“Bagi zakat saham pula adalah sebanyak RM 46,898.51 (0.2 peratus), pertanian RM12,040.21 (0.07 peratus) dan zakat ternakan sebanyak RM5,636.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Saya berharap ramai individu dan syarikat tampil membayar zakat pada tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Tahun 2023 Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd kepada Muis yang disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
Sementara itu, Pengerusi Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, Ahmad Rizal Dahli berkata pihaknya bersyukur dapat meneruskan tanggungjawab menyampaikan zakat dan berharap akan dapat terus menyumbang kepada masyarakat di negeri ini.
“Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 804,807 untuk tahun semasa (haul 2023) dan mudah-mudahan dapat menyumbang lebih pada tahun akan datang,” ujarnya.
Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Muis, Datuk Dr Sairin Karno dan Datuk Mohd. Dandan @ Ame Alidin, Pengarah Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, Assan Nasip serta Penasihat Pengarah Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, Nazaruddin Abdul Rahim.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

