Muis, PPNS meterai MoU dalam bidang logistik dan sewaan

24 Jan 2024 • 1:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur dalam satu majlis, di sini, Selasa.

MoU itu melibatkan kerjasama antara dua pihak dalam bidang pelbagai perkhidmatan persewaan pengangkutan, perhotelan, kargo, logistik, tempahan tiket penerbangan serta hal-hal kebajikan.

Muis diwakili Yang Di Pertuanya (YDP), Datuk Yahya Hussin manakala Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur diwakili Pengarahnya, Sabariah Safri @ Saffree.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif turut hadir menyaksikan pemeteraian MoU itu yang diadakan di Hotel Pan Pacific, di sini.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Arifin yang ditemui ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada Muis kerana sekali lagi telah melaksanakan inisiatif baharu dengan meneroka bidang-bidang berpotensi untuk membangunkan badan agama itu.

Katanya, komitmen itu mampu membawa Pembangunan kepada Muis dan pada masa sama dapat membantu masyarakat khususnya anak Sabah yang bekerja di Semenanjung.

“Anak syarikat Muis akan bekerjasama dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur dalam menyelaras beberapa perkara berhubung lokaliti, pengangkutan, penginapan, dan hal-hal berkaitan.

“Mudah-mudahan usaha ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada pegawai-pegawai kerajaan yang akan melaksanakan tugas di Semenanjung termasuklah pelajar-pelajar Sabah.

“Sebagai contoh sekiranya saya ada mesyuarat di sana (Semenanjung), syarikat itu akan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu misalnya pengangkutan dan lain-lain perkara sepanjang urusan kerja,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.