Mujur Sempat, Detik Cemas Lelaki Sambut Budak Jatuh Dari Tingkat 5 Raih Pujian Ramai

24 Jul 2022 • 11:01 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mujur Sempat, Detik Cemas Lelaki Sambut Budak Jatuh Dari Tingkat 5 Raih Pujian Ramai

Seorang lelaki telah diberi penghormatan sebagai hero negara selepas menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat lima sebuah flat di China.

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki yang dikenali sebagai Shen Dong, 31, itu dikatakan sedang memarkir keretanya di seberang jalan sebelum terdengar dentuman kuat, dipercayai daripada kanak-kanak tersebut yang jatuh ke atas bumbung keluli tingkap satu.

Menerusi video yang tular, kanak-kanak itu kemudian telah terjatuh ke bawah tetapi berjaya disambut oleh Shen. Ketika itu seorang wanita yang dipercayai rakan sekerjanya turut berada di situ.

image is not available

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa, mangsa yang berasal dari Tongxiang di wilayah Zhejiang dilaporkan cedera di kaki dan paru-parunya, namun dia kini berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, Shen yang bekerja di sebuah bank berhampiran telah menghubungi hospital untuk membantu kanak-kanak itu tetapi dia melemparkan telefon bimbitnya dan mencapai kanak-kanak itu tepat pada masanya untuk mengelakkannya daripada terkena tanah.

Menurut Shen, dia pada awalnya tidak sedar bahawa mangsa merupakan seorang kanak-kanak sehinggalah mangsa mula bergerak beberapa saat selepas mendarat di teres.

image is not available

“Sejujurnya saya tidak ingat butiran mengenai kejadian itu, saya tidak ingat sama ada lengan saya sakit, naluri saya hanya ingin menyelamatkannya.

“Mujurlah saya sempat menyambutnya, jika tidak ia mungkin boleh bertukar menjadi kejadian mengerikan,” kata Shen.

Menurutnya lagi, kanak-kanak itu juga mungkin terselamat kerana dia terjatuh di atas teres berbumbung keluli terlebih dahulu, yang membuatkannya tidak jatuh dalam keadaan yang lebih teruk.

Sehingga kini, video tersebut telah tular di media sosial dan ditonton sebanyak jutaan kali sejak ia disiarkan oleh Polis Bandar Jiaxing di aplikasi Weibo.

“Dia seorang adiwira, melangkah ke hadapan dengan berani pada saat genting. Saya harap dia dapat telefon bimbit sebagai ganjaran kerana yang lama mesti rosak,” kata seorang netizen.