'Muka baharu berpengalaman diyakini teruskan tradisi benteng kuat BN di Beluran'

Politics
18 Nov 2022 • 11:25 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BELURAN: Kawasan Sugut dan Pamol di Beluran merupakan antara kubu kuat kepada Barisan Nasional (BN) dimana ia juga merupakan kerusi tradisi yang dimenangi BN sejak sekian lama atau lima penggal lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib, berkata, calon BN Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU) P.183 Beluran, Benedict Asmat yang mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam juga diyakini akan mampu menandingi calon lawan dan menang pada 19 November ini.

"Beliau adalah anak watan Telupid dan telah berkhidmat lama di Beluran sebagai Penolong Pegawai Daerah dan seterusnya sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan," katanya.

"Ini juga memberi kelebihan kepada beliau kerana Benedict tahu apa pembangunan yang diperlukan rakyat Beluran dengan pengalaman luas yang ada.

Selain itu, dua wakil rakyat DUN disini juga memberikan sokongan penuh kepada beliau sebagai calon disini," tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada Media sejurus menghadiri Pemimpin Bersama Rakyat Dan Himpunan Belia Sugut Bersama Calon BN Benedict Asmat disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib di Dewan Kampung Basai Baru, Zon Botition dan Pamol, Beluran, pada Khamis.

Hadir sama, Anggota Dewan Undangan Negeri Telupid, Jonnybone J Kurum, Pengerusi Penganjur, Suria Sahi dan wakil Belia kampung itu, Priscilla Latip serta wakil PBS dan pemimpin setempat.

Berkenaan pengundi 18 tahun dan muda, katanya penerimaan mereka terhadap calon BN amat baik dan yakin Benedict mampu memang kerusi itu dan mengembalikan BN di Beluran.

Dalam pada itu, Benedict berkata, sekiranya beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen Beluran, banyak agenda pembangunan ingin dibawakan disini antaranya pendidikan, kebajikan belia serta masyarakat, kesihatan awam dan infrasturuktur asas.

Jelasnya, kempennya juga berjalan lancar dan yakin penduduk juga merindukan BN kembali ke kawasan mereka demi kelangsungan agenda pembangunan selama ini.

Dalam pada itu, Jonnybone berkata, yang lalu biar berlalu iaitu ketika Pilihanraya Negeri Sabah dimana beliau dari PBS menang terhadap calon BN dan lain, berharap BN disini juga terus menyokong calon BN, Benedict agar ada pembangunan kerajaan persekutuan juga dapat dibawa ke Beluran serta Telupid jika menang kelak.

Beliau yakin, Benedict mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu memang melawan lima calon iaitu penyandang, Datuk Seri Ronald Kiandee (Perikatan Nasional), calon Warisan, Pakatan Harapan dan Pejuang, pada Sabtu ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.