“Muka Dia Ganas Tapi…” – Black Hanifah Dedah Sesuatu Mengenai CEO Batu

LocalEntertainment
10 Jul 2025 • 3:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ceo Batu

Pempengaruh, CEO Batu yang didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja mengaku tidak bersalah.

Lelaki berusia 22 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norshila Kamarudin di Mahkamah Sesyen dan dibenarkan ikat jamin RM6,000.

Kes akan disebut semula pada 14 Ogos depan bagi serahan dokumen.

Memetik laporan mStar, penyanyi Black Hanifah mengakui terkejut mengetahui rakannya itu terlibat dengan tuduhan berat terhadap remaja.

CEO Batu disifatkan seperti adik, dikenali sebagai individu berbudi bahasa

image is not available

Black yang pernah bekerjasama dengan CEO Batu menggambarkan personaliti pempengaruh itu sebagai baik meskipun penampilan luaran agak garang.

Malah, penyanyi ini sudah menganggap CEO Batu sebagai adik.

Dia sangat menjaga tutur bahasa bila bercakap. Dia juga suka berterima kasih walaupun muka dia ganas.

Black bagaimanapun tak mahu mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa. Beliau menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa untuk menentukan nasib CEO Batu.

Dalam masa sama, Black menitipkan nasihat kepada golongan pempengaruh agar tidak terlibat dengan perkara tidak bermoral yang boleh menjatuhkan maruah serta mengancam kerjaya mereka.

Pssttt! Semoga kebenaran dapat ditegakkan dan kejadian seperti ini tidak berulang lagi dalam dunia hiburan tanah air.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.