“Muka Dia Pucat Macam Dah Meninggal” – Ibu Sangka Lemas, Rupanya Anak Umur 5 Tahun Diberi Syabu Oleh Sepupu

21 Jun 2022 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu mana yang tidak tergamam apabila mendapati keadaan anak yang baru berusia lima tahun berubah akibat diberikan dadah sejenis methamphetamine selepas pulang dari rumah sepupu.

Menurut ibu mangsa, dia tidak mengetahui sepupu membawa anak bongsunya keluar kira-kira jam 2 petang dan telah mencarinya sebelum lelaki berkenaan membawa pulang anaknya itu pukul 5 petang.

Tambahannya lagi, melihat dari keadaan anak yang kelihatan letiha serta pucat, dia telah menidurkannya, namun anaknya sering terkejut dan muka juga menjadi semakin pucat.

image is not available

Berasa tidak sedap hati apabila melihat keadaan anak yang semakin pucat, wanita itu membawa anaknya ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

Selepas menyedari anak bongsunya itu diberikan dadah, hati wanita itu sememangnya luluh dan seakan-akan tidak mempercayai apa yang telah berlaku.

Melalui laporan Kosmo Online, anak bongsu wanita itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan difahamkan masih dalam keadaan kritikal.

image is not available 5 jam lalu

"Dah Bagi Naik MRT/LRT 'Free' Pun Memekak" - 'Tweet' Nedim Nazri Bikin Netizen 'Panas Hati'