Muka lama ‘banjiri’ pemilihan FAM?

LocalFootball
4 Aug 2026 • 8:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muka lama ‘banjiri’ pemilihan FAM?

PETALING JAYA: Pemilihan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 17 September ini dijangka tidak menyaksikan perubahan besar apabila pencalonan dikuasai ‘muka lama’.

Menurut sumber, kira-kira 70 peratus barisan ahli jawatankuasa eksekutif sedia ada dan ‘orang lama’ dalam industri bola sepak negara dicalonkan merebut jawatan yang dipertandingkan nanti.

Katanya, berdasarkan senarai pencalonan, orang-orang lama ini masih mendapat sokongan daripada persatuan bola sepak negeri dan ahli gabungan, sekali gus melayakkan mereka untuk bertanding.

“Ahli gabungan masih menaruh kepercayaan kepada orang lama, perkara ini bukan satu kejutan sebenarnya kerana ada muka lama yang boleh menjalankan tugas dengan baik.

“Bagaimanapun, segala keputusan terletak kepada ahli gabungan sebenarnya. Semuanya mahukan perubahan, jika orang lama boleh tawarkan perkhidmatan yang baik, apa salahnya?

“Berdasarkan apa yang saya tahu, lebih 50 peratus atau 70 peratus akan melibatkan orang lama. Itu sahaja, sekarang kita tunggu tapisan yang bakal dibuat Jawatankuasa Pemilihan,” katanya.

Senarai akhir calon yang layak bertanding pada Kongres Pemilihan FAM dijangka diumumkan pada awal September ini selepas proses tapisan ketat Jawatankuasa Pemilihan.

Proses tapisan itu turut melibatkan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta tapisan kelayakan lima tahun dalam bola sepak.

Sebelum ini, tiga nama besar, Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar dilaporkan akan bertanding merebut jawatan Presiden FAM.

Pemansuhan jawatan Timbalan Presiden menyaksikan berlakunya pengecilan jumlah jawatan yang bakal dipertandingkan sekali gus dijangka mampu mencetuskan pertarungan sengit antara semua calon.

Kongres Luar Biasa sebelum ini menyaksikan FAM meluluskan secara sebulat suara cadangan pindaan Statut FAM yang bakal menyaksikan hak kelab sebagai ahli gabungan dan layak mengundi pada kongres pemilihan, 17 September ini. – UTUSAN

The post Muka lama ‘banjiri’ pemilihan FAM? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved