“Muka Pedih, Sesak Nafas” – Ikut ‘Trend’ Makan Buah ‘Donut Peach’, Wanita Hampir Hilang Nyawa

20 Jul 2023 • 8:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui ramai, sejak akhir-akhir ini buah donut peach menjadi ‘trending’ dan dilihat ramai netizen memuat naik konten-konten mencuba buah tersebut.

Biarpun buah tersebut mengandungi pelbagi khasiat serta vitamin, tidak buat seorang wanita ini selepas 15 minit menikmati satu biji buah peach terbabit, dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

image is not available

Wanita terbabit turut mahu mengikuti ‘trend’ dan berkongsikan pengalamannya mencuba buah itu tetapi apakan daya berbeza sedikit dengan orang lain kerana perutnya mula rasa sebu, muntah-muntah serta timbul biji-biji gatal di bahagian lengan selepas mencuba peach berkenaan.

image is not available

 

Doktor cakap berhenti garu-garu, tapi sumpah tak boleh berhenti. Muka rasa pedih-pedih, perut sebu angin tak keluar. Muntah-muntah lagi.

 

Kata wanita itu, dirinya terjebak memakan buah itu selepas pemberian kawan tetapi tak sangka ia akan menjadi satu pengalaman perit buatnya.

image is not available 1 week ago

Gebu Macam Kuih Donat, Ketahui Khasiat Buah 'Donut Peach' Yang Viral Di TikTok!