Muka senget disihir, Nonny Nadirah mohon doa – “Dah tak larat nak menangis”

2 Jan 2024 • 12:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah disihir sejak tiga tahun lalu sekali gus memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, Nonny atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin menulis kapsyen dalam bentuk video berhubung perkara tersebut.

Nonny Nadirah disihir

image is not available

Pada perkongsian pertamanya, Nonny memohon maaf kepada orang ramai kerana wajahnya senget akibat terkena perbuatan orang tersebut.

“Maaflah muka dah senget hasil sihir ‘syaitan’ ni. Tiga tahun dah, sampai dah tak larat nak nangis. Saya kena bangkit sendiri-sendiri,” katanya.

Pada masa yang sama, pelakon berusia 34 tahun itu juga memohon agar orang ramai terus menyokong dan mendoakannya.

“Saya sangat hargai kalau awak semua sokong saya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Kalau solat tolong diakan saya sekali tau,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nonny turut menulis dalam satu hantaran lain bahawa dia akan berusaha untuk menghadapi ujian yang sedang dihadapinya.

Selain itu, pelakon drama Cekelat Honey itu turut menyatakan bahawa dia telah memaafkan individu-individu yang menganiayanya.

image is not available

“Mari kita lawan! Lillahi ta’ala, tunduk pada yang satu. Aku tetap berpegang pada kalimah tauhid! Ya Allah, pelihara aku.

“Aku maafkan mereka semua dunia dan akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali!” tulisnya.

Malah, Nonny juga menyuarakan bahawa dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap individu tersebut namun hanya mahu berkongsi perasaannya.

“Aku tak dendam, aku cuma nak berkongsi rasa. Kau rasa tak apa yang aku rasa?” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, Nonny mendakwa terdapat individu yang sering menganggu kehidupannya sejak tiga tahun lalu sehingga ke hari ini.

Dia menjelaskan, individu terbabit sering kali masuk campur urusan peribadinya, dari dia berhijab sehingga mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Sumber: Instagram Nonny Nadirah