Mukhairi Ajmal wajar diberi peluang galas tanggungjawab Faisal

18 May 2024 • 2:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mukhairi Ajmal

BEKAS pertahanan Harimau Malaya, Razman Roslan menyifatkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (Mukhairi Ajmal) wajar diberi peluang menggalas tanggungjawab ditinggalkan Faisal Halim dalam saingan Liga Super musim ini.

Bekas pemain Selangor itu berkata, kualiti dimiliki Mukhairi Ajmal mampu mengimbangi keupayaan Selangor FC yang hilang khidmat tonggak utama mereka yang dijangka berehat selama lima hingga enam bulan, kerana kecederaan melecur tahap empat dialaminya selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Malah jelasnya, kehadiran pemain import seperti Reziq Bani Hani dan Alvin Fortez juga mampu memperkuatkan Selangor khususnya pada aksi pertama menentang Kedah Darul Aman FC hari ini.

“Mukhairi Ajmal mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Faisal Halim dan keupayaan serta kualiti yang ada pada barisan pemain import juga dapat mengimbangi kehilangan pemain sayap Selangor FC.

“Saya mahu Selangor beraksi lebih tajam dan menunjukkan permainan yang menarik untuk kita saksikan," katanya ketika ditemui pada progam Kita-untuk-Kita (K2K) Juara Futsal Klinik di Persatuan Penduduk Sri Selangor, pada Sabtu.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Selangor akan turun buat kali pertama musim ini menentang Kedah Darul Aman di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Kedah meraih tiga mata selepas menewaskan PDRM FC 1-0 pada perlawanan pembukaan, manakala Selangor terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang JDT susulan insiden serangan terhadap Faisal Halim itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved