Muktamar Pas: Jawatan Top 5 Pas sah tidak dipertandingkan

Politics
29 Sep 2023 • 11:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Takiyuddin (kiri) ketika sidang akhbar khas di Pejabat Agung Pas di sini pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Lima jawatan tertinggi Pas tidak akan dipertandingkan pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, lima jawatan itu masing-masing melibatkan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

"Untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dan tiga naib presiden hanya ada satu pencalonan iaitu mengekalkan jawatan yang ada (tiada pertandingan).

"Jadi, pertandingan tahun ini hanya melibatkan pemilihan ahli jawatankuasa Pas pusat," katanya pada sidang akhbar khas di Pejabat Agung Pas di sini pada Jumaat.

Muktamar Tahunan Pas ke-69 dijangka berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Abdul Hadi yang mengambil alih teraju kepimpinan Pas daripada mantan presiden, Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, sekali gus menjadi pemimpin nombor satu paling lama menyandang jawatan berkenaan.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula memegang jawatan nombor dua parti itu sejak 2015.

Tiga jawatan Naib Presiden Pas ketika ini disandang Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

AKAN MENYUSUL