Mula dikesan India, ini 10 info dan simptom Omicron XBB wanita perlu tahu

22 Oct 2022 • 5:16 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEHADIRAN subvarian Omicron XBB Covid-19 menjadi bualan ramai. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan gelombang kecil subvarian tersebut negara ini dan menjangkakan berlaku sedikit peningkatan kes wabak berkenaan beberapa minggu akan datang.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata, namun orang ramai masih boleh menjalankan kehidupan seperti biasa dan tidak merasa bimbang tetapi perlu sentiasa berwaspada.

“Kita sudah kesan XBB di Malaysia namun setakat ini ia tidak membawa kepada peningkatan dari segi kemasukan ke hospital dan kematian.

“Itu yang menjadi kayu ukur terpenting bagi saya, kita tengok ada sedikit peningkatan, masing-masing buat penilaian risiko, ‘nothing to worry about for now’,” katanya.

image is not available

Virus Covid-19 terus bermutasi sebagai satu cara untuk terus bertahan dan membiak.
Ia berkecenderungan untuk berubah apabila ia merebak, mencipta strain dan varian yang berbeza dengan gejala dan kadar jangkitan yang berbeza-beza.

Berikut 10 info mengenai subvarian ini:

1-Ia pertama dikesan di India sejak Ogos 2022 tetapi tidak menyebabkan gelombang sehingga kini.

2-Selain itu ia telah dikesan di negara seperti Australia, Bangladesh, Denmark, India, Jepun dan Amerika Syarikat sejak Ogos 2022.

3-Walaupun baharu memasuki Asia Tenggara, ia telah menyebabkan bilangan kes meningkat dua kali ganda dalam masa sehari.

4-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan varian XBB telah dikesan di 26 negara.

5- XBB terbentuk daripada dua varian yang dinamakan secara saintifik BJ.1 dan BA.2.75 yang telah bergabung.

image is not available

6- Dilaporkan bahawa simptom subvarian XBB adalah serupa dengan Omicron seperti berikut:

-Batuk

-Sejuk

-Demam tahap rendah

-Sakit tekak

-Sakit badan

7-Bagi mereka yang mempunyai keadaan kesihatan masalah kesihatan seperti diabetes, gejala mungkin lebih teruk.

8- Para saintis Singapura menganggarkan ia adalah 30 peratus lebih ringan daripada strain BA.5 Omicron yang dominan sebelum ini.

9-Kementerian Kesihatan Singapura sebelum ini dilapor memaklumkan kes Covid-19 di Singapura kembali meningkat sejak sebulan lalu berpunca daripada subvarian Omicron XBB. Gelombang jangkitan dijangkakan memuncak pada pertengahan November ini.

10- Pakar Institut Teknologi New York, Dr Raj Rajnarayanan berkata XBB adalah subvarian ‘yang paling kebal’ daripada vaksin.

Justeru wanita, ambil langkah berwaspada dan usah terlalu leka. Sungguhpun kini berada pada fasa endemik, jangan abaikan simptom dan abaikan langkah pencegahan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

https://www.pexels.com/photo/woman-lying-on-bed-while-blowing-her-nose-3807629/

 

https://www.pexels.com/photo/mother-giving-her-daughter-medical-treatment-for-flu-before-bedtime-9874632/