“Mula Mula Je Dah Meremang” – Gabung Dengan Suara Mona Fandey, Ramai Seram Dengar Lagu Baru Malique Ini

Music
4 Jul 2023 • 2:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa tak kenal dengan penyanyi rap yang terkenal dengan mencipta lirik lagu ‘makan dalam’ atau mempunyai maksud tersirat, Malique.

Setiap lirik lagu diciptanya memang memberi kesan kerana penggunaan bahasa sastera dan puitis seperti lagu nyanyiannya bersama Jamal Abdillah, Aku Maafkan Kamu.

Terbaru, tular di TikTok lagu berjudul Sedih Hati nyanyian Malique dan ia turut menggabungkan suara nyanyian Mona Fandey.

Menerusi video itu, netizen berkata lagu Sedih Hati turut mencampurkan lagu lama nyanyian Mona Fandey bertajuk, Ratapan Anak.

Malah, tajuk Sedih Hati itu diambil daripada bait lirik di dalam lagu dinyanyikan oleh Mona Fandey suatu ketika dahulu.

Malique menggunakan suara Mona Fandey sebagai ‘intro’ dan juga ‘background’ pada lahu terbarunya itu.

Ramai warganet berkata lagu tersebut mempunyai unsur seram disebabkan ia menampilkan suara Mona Fandey, yang seperti kita semua tahu, sudah pun meninggal dunia.

Dengar seram lagu dia. Tapi deep every word dia.”

Dalam pada itu, Malique yang dikenali sebagai Mr General dalam kalangan peminatnya membuatkan ramai berasa teruja dengan hasil karya terbarunya ini.

Meskipun sudah lama tidak munculkan diri namun Malique tetap ‘hidup’ dalam industri seni hiburan dengan lagu-lagu yang diciptanya.

image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 10 months ago

"Gaji 30 Sen Sehari" - Dakwa Sel Gelap Dan 'Seram', Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Masuk Penjara Kajang