“Mula-Mula Sakit Mata, Lepas Tu Mimpi Hantu” -Aliff Syukri Dakwa Keluarga Kena Mandrem

LocalHealth & Fitness
31 Jul 2025 • 10:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia aliff Syukri

Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian selepas berkongsi tentang satu demi satu masalah kesihatan pelik yang menimpa dirinya dan ahli keluarga baru-baru ini.

Dalam satu sesi siaran langsung bersama isteri tercinta, Datin Shahida, pasangan ini mendakwa mereka sekeluarga berdepan gangguan luar biasa hingga menimbulkan tanda tanya.

Aliff Syukri gatal-gatal, ruam seluruh tubuh

Apa yang lebih mengejutkan, Aliff mendakwa dia turut mengalami mimpi menyeramkan sebelum simptom gatal dan ruam menyerangnya.

Keadaan bertambah pelik apabila empat suntikan yang diterima di hospital masih gagal meredakan simptom berkenaan.

Mimpi hantu menyeramkan

image is not available

Rentetan kejadian ganjil ini, Aliff dan Shahida mengakui mereka mula terfikir kemungkinan telah terkena sihir atau ‘mandrem’.

Kini, mereka cuba mendapatkan rawatan secara Islam kerana yakin ada sesuatu yang tidak kena dihadapi keluarganya.

Pssttt! Sama ada gangguan fizikal atau spiritual, ujian yang menimpa keluarga Datuk Aliff Syukri ini memang bukan biasa-biasa. Semoga mereka sekeluarga segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.