
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap ibu bapa pastinya mahu anak-anak sentiasa berkembang maju dalam pelajaran mereka.
Bahkan untuk mempunyai generasi yang sentiasa ke depan, maju dalam memimpin Malaysia di masa akan datang mendidik pelajar bukan sahaja menjadi matlamat ibu bapa tetapi turut melibatkan guru dan sistem yang bagus.
Pendidikan dengan sistem yang bagus dapat membantu dan menilai pembelajaran murid di tahap yang lebih baik.
Prasekolah bermula pada usia 5 tahun, 6 tahun masuk darjah satu bermula 2027
Terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bermula 2027 pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala darjah satu pula seawal umur 6 tahun.
Anwar Ibrahim bagaimanapun menjelaskan perubahan ini masih lagi belum diwajibkan ke atas ibu bapa, ia adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak untuk bersedia dengan persekitaran baru pendidikan, khususnya pendidik, lapor Berita Harian.
Ujian penilaian untuk tahun 4 diperkenalkan tahun ini
Selain itu, ujian penilaian atau peperiksaan melalui Matriks Pembelajaran Malaysia juga akan diperkenalkan. Bagi murid tahun empat, ia dipanggil Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat dan akan bermula pada tahun 2026.
Sebanyak empat mata pelajaran yang akan dinilai iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
“Guru-guru ingat tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam.
“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dua tahun iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” jelasnya sewaktu berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035, lapor Kosmo.
Peperiksaan Tingkatan 3 Mulai 2027
Bagi Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pula, ia akan bermula pada 2027 dan membabitkan lima mata pelajaran utama iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Sejarah
“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LA) secara berpusat. Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia,” ujarnya, lapor Berita Harian.

