“Mulut Dia Busuk Ketika Bercium..” – Pelakon Wanita K-Drama Ini Dituduh Pengotor

Entertainment
16 Oct 2023 • 6:20 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Agensi Moon Chae Won telah mengemukakan aduan tambahan terhadap khabar angin jahat.

Pada 16 Oktober, agensi Moon Chae-won, IOK Company, telah mengeluarkan kenyataan rasmi,

Pada bulan September lalu, demi mengelakkan kerosakan tambahan kepada pelakon, kami telah mengumpulkan semua pos dan komen yang berkaitan dengan penyebaran desas-desus jahat dan telah mengemukakan aduan tambahan terhadap 12 individu termasuk seseorang yang tidak dikenali.

image is not available

Tambahnya,

Dalam aduan tambahan ini, kami secara khusus mendakwa saluran YouTube yang jahat yang mencipta keuntungan dan desas-desus tentang Moon Chae Won, serta seorang YouTuber yang memuat naik YouTube Shorts yang disunting dengan licik. Bagi menunjukkan tekad kami yang kuat untuk mengenal pasti identiti pelaku hingga ke akhir dan membawa mereka ke muka keadilan. Kami dengan jelas memberitahu anda bahawa tidak akan ada penyelesaian atau bermurah hati dalam proses ini.

Terdahulu, Moon Chae-won didakwa sebagai seorang yang pengotor dan sering menimbulkan rasa kurang senang pelakon lain. Antara tuduhan yang dilemparkan ialah wanita itu dikatakan memberikan barangan pada pelakon lain dengan tangan yang kotor, selain turut memiliki mulut berbau dan menyukarkan proses rakaman babak ciuman.

Tak baik tuduh macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.