“Mulut Lancang” – Adik Bongsu ‘Stress’ Kakak Asyik Perlekeh Gaji Tapi ‘Lepas Tangan’ Bab Jaga Mak Ayah

Entertainment
16 Jul 2022 • 1:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hubungan adik beradik tidak semestinya sentiasa dalam keadaan baik walaupun mempunyai ikatan yang kuat antara satu sama lain.

Apa yang lebih membimbangkan apabila ada antara adik beradik yang berbalah akibat salah seorang daripadanya merasakan diri lebih berkuasa berbanding yang lain.

Perkara tersebut dialami oleh seorang wanita apabila dia terpaksa berhadapan dengan kakak yang seringkali menyindir kehidupan yang dilaluinya.

Menurutnya dalam satu ciapan di Twitter, dia sangat terkesan apabila kata-kata yang dikeluarkan dari mulut kakaknya seakan-akan memandang rendah terhadap apa yang dilakukan hanya kerana tidak bergaji tinggi walaupun menuntut sehingga ke peringkat ijazah.

Selain itu, wanita yang tidak diketahui identitinya turut menyatakan bahawa pernah mencari cara untuk membunuh diri sendiri di Google kerana rasa hilang pertimbangan.

Tambahnya lagi, dia bekerja berdekatan dengan ibu bapanya kerana memikul tanggungjawab menjaga kedua-dua orang tuanya yang diabaikan oleh adik beradik lain.

Siblings yang tua semua macam tak ada otak, harapkan I yang bongsu ni…”

Wanita berusia 27 tahun itu juga berkongsi kakaknya turut mengutuk status dirinya yang dalam keadaan bujang dan menyuruhnya untuk berkahwin selepas menopause.

Wanita itu kadangkala mempersoalkan takdir kerana terpaksa menghadapi dugaan yang berat dan membebani fikiran.

Perkongsian itu mendapat simpati netizen dan ramai yang mendoakan supaya segalanya menjadi lebih baik dan wanita itu terus kuat menghadapi cabaran hidup.

image is not availableimage is not available

image is not available 2 bulan lalu

Wanita 'Viral' Marah Anak Dalam Bas Rupa-Rupanya 'Stress' Suami Kena Tahan Dan Dihalau Mentua

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved